A BEAUTIFUL AND HONEST JOURNEY

MASJID YANG BOLEH ANDA PERGI MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM

Projek ini bagi memudahkan peserta merancang untuk ziarah masjid masjid sekitar Lembah Klang/Sgor menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, MONOREL, BAS MYRAPID KL

6 ZON yang boleh anda pilih

Sila Klik

Masjid Raja Alang Beranang

Ziarah No 1. telah diadakan pada 16 Ogos 2026 dan telah mendapatkan tahu bahawa Masjid ini telah mula dibina semula dari masjid kayu yang asal sekitar tahun 1926 dan siap sepenuhnya pada tahun 1928. Masjid asal telah antara tahun 1904 hingga 1906 dan dirasmikan pada tahun 1907 oleh Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor ke-5).

View Posts →

Masjid Raja Muda Musa Semenyih

Ziarah No 2. telah diadakan pada 16 Ogos 2026 dan telah mendapat maklumat bahwa masjid ini telah mula dibina lebih 100 tahun pada tahun 1920. Masjid Raja Muda Musa Semenyih mula dibina dalam struktur kayu sejak tahun 1920-an lagi sebelum bangunan batu-bata yang baharu dibina sepenuhnya pada tahun 1963.

Tiada rekod rasmi dalam sistem Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyatakan individu spesifik yang merasmikan masjid ini, namun nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah yang memegang jawatan sebagai Raja Muda Selangor bermula pada tahun 1916.

View Posts →

PROJEK ZIARAH 55 MASJID

Telah Bermula pd 16 Ogos 2026. Projek ini bagi menyenaraikan 55 masjid Lembah Klang/Selangor yang boleh dilawati menggunakan Kemudahan Pengangkutan Awam LRT / MRT / Bas MyRapidKL. Ini memudahkan kita untuk merancang ke lokasi melalui Cara ke lokasi dan Peta Lokasi Google Map. Klik Ziarah55 Masjid untuk mendapat panduan ke lokasi.

Ziarah55 Masjid

MASJID IKONIK – MASJID TUANKU SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (MTMZA) PUTRAJAYA

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (atau Masjid Besi) di Presint 3, Putrajaya, mula dibina pada 5 April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Ia dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan mampu menampung sehingga 24,000 jemaah sebagai mercu tanda moden ikkonik

MASJID MERCU TANDA MENARA 118 : MASJID AL SULTAN ABDULLAH

(MASA) yang terletak di kompleks Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, telah rasmi diisytiharkan dan dimasyhurkan pada Januari 2024 oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebagai sebuah mercu tanda kerohanian baharu di tengah ibu kota.

Klik untuk detail
Klik untuk Detail
klik untuk info
klik untuk info

Baca Blog

Untuk mendapatkan detail maklumat sesuatu masjid baca blog bagi setiap masjid

Hubungi Kami

PROJEK ZIARAH 55 MASJID INI DIANJURKAN OLEH : RAHSIA ALAM

ziarah55masjid@rahsia-alam.1komuniti.net

Recent Posts